Where Everyone Meet In Ones
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Where Everyone Meet In Ones

Where Crazy Idea Begin With
 
HomeHome  Latest imagesLatest images  SearchSearch  RegisterRegister  Log in  

 

 Maklumat Terbaharu Perdana 2016

Go down 
AuthorMessage
Admin
Admin



Posts : 5
Join date : 2016-05-09

Maklumat Terbaharu Perdana 2016 Empty
PostSubject: Maklumat Terbaharu Perdana 2016   Maklumat Terbaharu Perdana 2016 EmptyMon May 09, 2016 5:51 pm

SOS KICAP


Maklumat Terbaharu Perdana 2016 Perdana_4



Jika sebelum ini kita masih tertanya-tanya bilakah tarikh sebenar Proton Perdana 2016 akan dilancarkan. Berita berita dan spyshot-spyshot model D-Segmen Proton ini sudah lama bertebaran di laman-laman sosial dan tidak kurang juga di dalam laman laman web automotif terkemuka di Malaysia.


Namun kalendar sudahpun melabuhkan tirai bulan Aprilnya dan mula memasuki bulan Mei tahun 2016. Akan tetapi model tersebut masih belum dilancarkan secara rasmi oleh pihak Proton. Mungkin ramai yang bertanya, mengapa model ini begitu mendapat perhatian rakyat Malaysia? Adakah model ini mampu untuk dimiliki semua orang? Adakah ianya begitu istimewa hingga begitu banyak yang memperkatakan tentangnya?


Kami tidak mempunyai jawapan yang sebenar. Namun apa yang dapat kami simpulkan mengenai mengapa model ini amat mendapat perhatian adalah disebabkan oleh model Perdana adalah antara model yang masih belum diperbaharui ataupun diganti sejak kemunculannya iaitu sekitar era 1994 hinggalah 2009. Ini bermakna model tersebut sudahpun 7 tahun dibiarkan kosong tanpa ada pengganti sejak produksi terakhirnya.


Sudah tentu Proton telahpun kehilangan hampir kesemua "market share" di dalam pasaran segmen mewah sejak 7 tahun yang lalu. Sedar akan situasi tersebut, Proton telahpun mengambil langkah yang bijak dengan mengambil keputusan untuk mula melakukan kerja-kerja mereka cipta jentera Perdana generasi baharu, yang mana ianya pasti akan menggugat pasaran model-model D-Segment jenama lain seperti Nissan Teana, Toyota Camry, Honda Accord dan juga VW Passat.


Tidak mengejutkan juga jika peminat C Segment seperti Toyota Altis, Honda Civic, Kia Cerato mahupun Nissan Slphy akan mula beralih arah kepada model Perdana ini jika harganya hampir sama ataupun lebih murah berbanding jenama-jenama import tersebut.


Melalui Facebook Kelab Perdana 3rd Gen, disini kami tampilkan beberapa maklumat penting berkenaan model baharu Proton ini yang mana beberapa orang ahlinya mengakui telahpun mencuba ataupun dalam kata lain memandu uji model tersebut dan juga mendakwa mereka mengetahui beberapa maklumat penting mengenai model ini. Disini saya tampilkan screenshot yang diambil di dalam laman kelab tersebut :


Maklumat Terbaharu Perdana 2016 Info_perdana_1
Maklumat Terbaharu Perdana 2016 Info_perdana_2
Maklumat Terbaharu Perdana 2016 Info_perdana_3
Maklumat Terbaharu Perdana 2016 Info_perdana_4

Antara kesimpulan yang dapat disimpulkan dari screenshot-screenshot tersebut :

Quote :

1)Dalam & luaran model tersebut amat berlainanĀ & berbeza dari model Honda Accord generasiĀ  ke-8.


2)Harga model Perdana adalah mungkin lebih murah RM20k hingga RM30k dari model Honda Accord generasi ke-8. Namun masih tiada harga rasmi yang dikeluarkan pihak Proton.


3)Pemanduannya pula adalah 100% sama dengan pendermanya model Honda Accord.


4)Tarikh dilancarkan adalah pada 28/5/2016. Namun kami tidak pasti adakah maklumat ini sahih.


5)Proton Perdana ini masih belum ada "Handling by Proton" yang sinonim dengan model model Proton generasi sekarang seperti Suprima, Preve dan Iriz diamana ianya menawarkan pemanduan yang mantap dan solid.


6) Jika mahu Perdana yang mempunyai handling yang ditala Proton, mungkin perlu tunggu sehingga bulan 11 tahun 2017 dimana model ini akan menggunakan enjin Petronas 2.0 Turbo sebelum digantikan dengan enjin TGDi pada tahun 2018.




Namun segala maklumat ini kami tidak jamin adalah benar dan berasas. Sekian....

SUMBER
Back to top Go down
https://malaysiannerd.board-directory.net
 
Maklumat Terbaharu Perdana 2016
Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
Where Everyone Meet In Ones :: Your first category :: Your first forum-
Jump to: